NR MINYAK HERBANIKA

HARGA : RM68 (SM) RM73 (SS)

Minyak Herbanika (~~)
Digunakan secara traditional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Khasiat:
1. Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi.
2. Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
3. Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
4. Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.

Cara Guna Minyak Herbanika:
***********************************

Gunakan Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Barut.

Sapuan Minyak Herbanika untuk Bersalin Normal dan Pembedahan(Caesarian) di Wad:
************************************************************

1. Selepas keluar dari Bilik Bersalin ke dalam Wad – Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian sulit, kepala serta tengkuk dan bahu. Ikat rambut dengan rapi.

2. Ini membantu untuk meredakan ketegangan urat saraf di kepala,leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara “Caesar”

3. Sapurata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari(kecuali bahagian “pembedahan”) ,tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut,betis dan tapak kaki. Pakaikan stoking.

4. Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah.

Bersalin Secara Normal:
****************************

1. Tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit dan ke bahagian “episiotomi”/luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

2. Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.

3. Untuk kegunaan Bengkung(barut)- gunakan Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Barut.

4. Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan.

5. Boleh guna bengkung (jika perlu) , ikat biar selesa.

Bersalin Secara Pembedahan (caesarean):
****************************************************

1. Gunakakan Minyak Herbanika ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

2. Untuk kegunaan Bengkung (Barut) -gunakan Minyak Herbanika sebelum menggunkan Herbanika Barut.

3. Selama sebulan – hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut. Ia sangat mujarab digunakan untuk urut.

If Bengkak Payudara ??
****************************
A. Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.

B. Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut.

C. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.

D. Bersihkan putting sebelum menyusu.

Advertisements